Gambaran keseluruhan ERA_Digital_Muzik_Awards_2018

Proses undian bagi fasa pertama bermula pada 31 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019 bagi menentukan Top 5 setiap kategori, manakala pengundian fasa kedua untuk pemilihan juara bagi setiap kategori pula bermula pada 14 Januari 2019 hingga 23 Januari.[4][6] Fasa Pertama undian EDMA 2018 telah dijalankan dari 31 Disember 2018 hingga 13 Januari 2019, menyaksikan lima calon terbaik disenarai pendek dan pemenangnya akan diumumkan pada malam anugerah. Sebanyak 7 kategori telah dipertandingkan namun hanya kategori 'Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40' tidak dibuka untuk undian.[4]

3 kategori baru telah diperkenalkan bagi edisi ini iaitu Lagu Paling Viral, Penyanyi Paling Lit di Media Sosial dan Video Muzik Paling Lit yang mengiktiraf pencapaian artis-artis tular di media sosial. Kategori-kategori yang terus kekal pula ialah Penyanyi Kolaborasi Terbaik, Temubual Terbaik Carta ERA 40 dan Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40. Sebagai tambahan, terdapat satu kategori baru, Penyanyi Pilihan DEEJA, iaitu anugerah bagi kategori penaja telah diperkenalkan.[7]